KUALA LUMPUR – Sebuah cawangan kedai serbaneka KK Mart di Universiti Malaysia di sini, disimbah cat merah, hari ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 8 pagi.
“Kejadian dipercayai berlaku pada 12.50 tengah malam apabila polis bantuan di universiti berkenaan dimaklumkan pekerja kedai terbabit berhubung kesan cat berwarna merah di hadapan pintu kedai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, premis terbabit mengundang kontroversi apabila penjualan sandwic ‘ham and cheese’ didakwa menggunakan logo halal secara tidak sah. – KOSMO! ONLINE