fbpx

Ketua kampung ditangkap khalwat dengan isteri orang terlepas hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KM ditahan polis selepas ditangkap berdua-duaan dengan KM di sebuah hotel. - TVONE

JAKARTA – Seorang ketua kampung di Bandar Serang, wilayah Banten terlepas hukuman penjara selepas laporan khalwat yang dibuat ke atasnya bersama isteri orang ditarik balik oleh suami wanita berkenaan, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Lelaki dikenali sebagai KM itu ditahan  berdua-duaan dengan wanita tersebut pada 16 Januari lalu di sebuah hotel.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kragilan, Komisioner Etang Cahyadi berkata, kes tersebut telah ditutup selepas suami YL enggan meneruskan laporannya.

“Kami menerima kes itu, namun kesemua pihak terlibat akhirnya berdamai,” katanya.

Tambah Etang, suami wanita itu menerima perbuatan isterinya dan berdasarkan perbincangan, mereka sepakat mengambil jalan damai.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada si suami memaafkan isterinya atau mengambil keputusan untuk berpisah dengan wanita tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI