fbpx

Tiada ‘dry run’ Waktu Bekerja Berlainan 1 Februari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly bercakap pada sidang akhbar di kementeriannya di sini, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA- Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menegaskan bahawa Waktu Bekerja Berlainan (WBB) tidak boleh dilaksanakan bermula 1 Februari depan walaupun ianya sekadar projek rintis.

Justeru, beliau mengulangi kekeliruan yang timbul ketika ini kononnya sistem baharu itu bakal diteruskan juga pada 1 Februari depan sebagai ‘dry-run’ atau percubaan fasa awal.

“Sekali lagi dijelaskan, meskipun cuma perintis ia hanya boleh mula jika diluluskan oleh menteri dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya pada sidang akhbar di sini.

Terdahulu, tular surat edaran garis panduan bertarikh 10 Januari lalu dibocorkan individu tertentu kononnya Kementerian Kesihatan (KKM) bakal melaksanakan WBB.

Mengulas lanjut, beliau berkata, idea WBB itu sendiri dibina oleh sekumpulan 10 doktor pakar bagi memenuhi keperluan tuntutan kerja pegawai perubatan di lapangan.

“Malah Jawatankuasa Penasihat dan Tindakan Perubatan (MAAC) sekitar Januari 2024 ditubuhkan dengan dianggotai pakar klinikal hospital KKM dari pelbagai bidang,” katanya.

Ujar Dzulkefly, surat itu juga bukannya pekeliling rasmi untuk semua fasiliti awam kerana hanya Ketua Pengarah dan Ketua Setiausaha KKM yang boleh menandatanganinya.

“Akibatnya timbul pelbagai isu salah faham dan persoalan yang kemudian menyebabkan berlaku kemelut panas dan kegawatan persepsi dalam kalangan doktor.

“Secara am, projek rintis ini beri ruang penambahbaikan dengan sesi libat urus bersama masih diteruskan sebelum dapatan diberi kepada saya untuk pertimbangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI