SINGAPURA – Seorang lelaki meluahkan kebimbangan mengenai kenaikan kos selepas dikenakan bayaran SGD$2.80 (RM9) untuk segelas teh O ais lemon di sebuah kedai kopi di Singapura, lapor laman berita Stomp hari ini.
Lelaki dikenali sebagai MaxRoh itu berkata, dia memesan minuman tersebut semasa makan tengah hari.
“Saya dikenakan bayaran SGD$2.80 untuknya.
“Saya tiada pilihan selain membayarnya,” kata MaxRoh.
Dia kemudian bertanya kepada pekerja kedai itu rasional di sebalik harga tinggi itu.
“Pekerja itu berkata bahawa harga di mana-mana sahaja sekarang adalah mahal.
“Apa yang paling saya marah ialah pebuatan pemilik perniagaan mengambil kesempatan ke atas pengguna dengan menjadikan inflasi sebagai alasan,” katanya. – AGENSI