fbpx

Barang kemas warga emas dilarikan lelaki bertopeng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TUMPAT – Seorang warga emas mengalami kerugian kira-kira RM5,000 apabila barang kemas miliknya dilarikan lelaki bertopeng dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Sungai Pinang, Palekbang di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi ketika mangsa berusia 70 tahun berada di rumah seorang diri sebelum didatangi lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud berkata, lelaki itu secara tiba-tiba memeluk dan menutup muka mangsa dengan tuala selepas memasuki rumahnya.

Katanya, pada masa sama, lelaki terbabit mencekik leher mangsa dan menekan mukanya ke atas tilam.

“Suspek kemudian merentap barang kemas iaitu rantai bersama loket emas dan dua utas gelang tangan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM5,000 sebelum melarikan diri.

“Sewaktu kejadian, mangsa tidak dapat mengecam suspek kerana lelaki itu memakai topeng,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sehubungan itu, menurut Ab. Rashid, mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu, di Balai Polis Palekbang, Tumpat hari ini.

Menurutnya, polis telah melancarkan gerakan mengesan lelaki terbabit untuk siasatan lanjut.

Katanya, kesi disiasatmengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenyah samun yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI