fbpx

Guna wang i-Sinar sewa lori seludup ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arriz Sham (tengah) menunjukkan sebahagian daun ketum yang cuba diseludup dari Kuala Nerang ke Seremban semalam.

PENDANG – Tindakan seorang lelaki menyeludup daun ketum dari Kuala Nerang dekat sini ke Seremban, Negeri Sembilan dengan menyewa sebuah lori menggunakan wang i-Sinar menjerat diri apabila dia ditahan polis pada semalam.

Suspek berusia 34 tahun yang memandu lori jenis bonded tiga tan ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Kubor Panjang di Jalan Kampung Tong Prok dalam Mukim Padang Kerbau di sini kira-kira pukul 12.45 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah memberitahu, anggota polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah terserempak dengan sebuah lori melalui kawasan itu dalam keadaan mencurigakan.

“Polis kemudian mengarahkan pemandu itu berhenti dan hasil pemeriksaan menemui sebanyak 80 beg kanvas dan guni berisi daun ketum yang kesemuanya seberat 1.5 tan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang di sini hari ini.

Katanya, siasatan mendapati suspek yang berasal dari Sungai Petani dekat sini diupah sebanyak RM2,000 oleh seorang individu untuk membawa bekalan daun ketum dianggarkan bernilai RM22,000 itu dari Kuala Nerang dalam daerah Padang Terap ke Seremban.

“Dia dikatakan menyewa lori pada harga RM2,500 sebulan untuk menghantar pelbagai barangan termasuk perabot dan makanan, namun dicekup ketika cuba menyeludup ketum,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI