fbpx

Kerana harta pusaka, abang didenda ‘serang’ adik guna kuku kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang abang dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,000 di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan adik lelakinya dalam kejadian di mukim Chengkau, tahun lalu. -Foto NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Seorang abang didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencederakan adik lelakinya dalam kejadian di mukim Chengkau tahun lalu.

Tertuduh, M Moduh, 52, yang bekerja sebagai penoreh getah dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Mahkamah menetapkan hukuman 12 bulan penjara jika tertuduh gagal menjelaskan denda.

Tertuduh didakwa mencederakan adiknya berusia 41 tahun dengan besi kuku kambing di tempat kerja lelaki itu kira-kira pukul 4.10 petang pada 16 Julai 2024.

Mengikut fakta kes, kejadian tersebut adalah yang kedua selepas tertuduh tidak berpuas hati mahukan rumah peninggalan arwah bapa mereka serta beberapa harta lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI