fbpx

Enrique terdesak selamatkan kempen PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENRIQUE (tengah) yakin pasukannya mampu menandingi City dalam pertemuan awal pagi esok. - AFP

PARIS – Walaupun mengakui kualiti yang ada pada Manchester City, namun pengurus Paris Saint-Germain, Luis Enrique tidak pernah mempunyai perasaan gerun untuk mengecewakan lawan itu pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Parc des Princes awal pagi esok.

Enrique turut merasakan aksi yang dilangsungkan beberapa hari selepas kemenangan besar 6-0 City ke atas Ipswich Town tidak akan memberi manfaat kepada lawan itu, sebaliknya ia lebih memberi kelebihan kepada PSG.

“Ia adalah perlawanan ]sukar menentang lawan yang boleh dianggap menggerunkan. Mereka menunjukkan perwatakan yang hebat dan akan memberi cabaran kepada kami.

“Kami tidak akan terkesan dengan kemenangan mereka sebelum ini tetapi ia lebih memberi faedah kepada kami,” katanya.

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan terdesak mencatat kemenangan bagi mencerahkan peluang mereka ke pusingan kalah mati terutamanya PSG yang kini dalam kelompok lapan tercorot dan berpotensi tersingkir awal kali ini.

Dalam pertemuan terakhir pada November 2021, City memperoleh kemenangan 2-1, namun ia tidak boleh dijadikan ukuran tepat untuk menggambarkan perhitungan kali ini.

Enrique juga enggan terlalu dihimpit perasaan gerun dengan reputasi rakan sejawatnya, Pep Guardiola yang berjaya memacu City bergelar juara Eropah pada 2023.

“Kami berjaya mengubah keputusan ketika menentang lawan yang bagus. Pep Guardiola? Falsafah bola sepaknya agak bagus, sama seperti saya,” jelas Enrique. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN