fbpx

KPDN tambah lima barangan keperluan sempena SHMMP Tahun Baru Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan meninjau harga barang ketika merasmikan Pelancaran Program Jualan Rahmah Madani Dan Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2025 di Pasar raya Lotus’s Teluk Intan hari ini. - -Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TELUK INTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menambah lima barangan keperluan kritikal sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di seluruh negara sempena Tahun Baru Cina tahun ini berkuatkuasa pada 25 Januari hingga 2 Februari ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, lima barangan keperluan tambahan itu ialah cili merah, bawang kuning besar, bawang merah besar import dan sawi pendek bagi jualan di Semenanjung sahaja.

“Bagi kepak ayam pula Sabah, Sarawak dan Labuan sahaja. Pelaksanaan skim SHMMP ini berlangsung selama sembilan hari.

“Berbanding tahun lalu, kita dapat meningkatkan lima item (barangan) kepada 16 berbanding 11 sebelum ini yang akan dikuatkuasakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pelancaran Program Jualan Rahmah Madani dan Pengumuman (SHMMP) Tahun Baru Cina di Pasar Raya Lotus Teluk Intan di sini.

Sebanyak 11 item lain yang tertakluk pada SHMMP Tahun Baru Cina ini ialah ikan bawal putih, udang putih, kobis bulat import, ubi kentang import, bawang putih dan halia tua import.

Selain itu, lobak merah, lobak putih, babi hidup, daging babi bahagian perut, daging dan lemak.

Armizan berkata, pertambahan item barangan keperluan itu hasil perbincangan mereka dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan pihak industri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI