fbpx

Tol percuma sebulan di Seksyen 2 WCE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (empat kanan) ketika merasmikan pembukaan jajaran Seksyen 2 WCE hari ini. -Foto AFIQ RAZALI

KLANG – Pembukaan jajaran Seksyen 2 Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) menjadi pelengkap kepada Pelabuhan Klang sebagai hab logistik terbesar di Asia Tenggara.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jajaran sepanjang 7.2 kilometer (km) ini menghubungkan persimpangan Bertingkat Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Persimpangan Bertingkat Lebuh Raya Shah Alam (SAE).

Katanya, ini adalah kesinambungan kepada jajaran Seksyen 1 yang telah dibuka pada 31 Ogos tahun lalu.

“Jadi, akses ke Pelabuhan Klang kini semakin mudah. Laluan ini dijangka akan membantu mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudahkan penghantaran barangan seterusnya meningkatkan daya saing Malaysia.

“Secara langsung menarik pelaburan kepada kawasan industri dan pelabuhan selain mewujudkan peluang pekerjaan seterusnya menjadi pemangkin ekonomi,” katanya selepas merasmikan pembukaan Seksyen 2 WCE, hari ini.

Menurut beliau, impak kepada pembukaan jajaran ini juga akan memendekkan tempoh masa perjalanan dari satu jam kepada 25 minit sahaja.

Tambah Alexander, setakat ini hanya tiga Seksyen WCE sepanjang 45 kilometer belum dibuka daripada 11 jajaran keseluruhan.

“Tiga yang belum dibuka adalah di negeri ini dengan Seksyen 3 WCE dijangka akan dibuka pada tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan tol percuma bagi jajaran Seksyen 2 tersebut selama sebulan bermula pukul 12.01 tengah malam ini.

“Ini bagi pengguna yang memasuki WCE dari Plaza Tol SAE ke Persimpangan Bertingkat SKVE (WCE) dan sebaliknya di dua-dua arah.

“Namun, saya juga beri peringatan agar tidak menjadikan tol percuma tersebut tempat ‘racing’ sebaliknya mendisplinkan diri ketika berada di lebuh raya. Peronda Lebuh Raya akan sentiasa menjalankan rondaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI