PETALING JAYA – Jurugambar teruk dikecam netizen gara-gara memuat naik kandungan video menolak pengantin berbaju songket ke dalam parit baru-baru ini, mengatakan akan bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakannya itu.
Video berdurasi satu minit 26 saat telah dimuat naik jurugambar berkenaan, @shaffat.as01 di TikToknya semalam.
“Saya ada dan tak lari pun. Dah tahu benda ni viral dan ia salah saya.
“Saya dah ‘chat’ bridal tersebut dan insya-Allah kita akan jumpa dan berbincang,” katanya.
Selain menerima kecaman hebat daripada netizen, dia mendedahkan turut menerima ugutan bunuh serta pukul dari orang luar yang disifatkan tidak mempunyai kaitan dengan mereka.
“Yang paling tak faham kenapa orang luar nak masuk campur, sampai ada yang ugut bunuh, nak pukul dan sebagainya. Apa motif?
“Itu adalah kes antara saya, bridal serta pengantin. Pandailah saya tebus kesalahan dengan ganti rugi atau sebagainya. Itu urusan saya dengan tiga pihak saya akan bertanggungjawab dan tak lari,” ujarnya lagi.
Dia juga memberitahu gurauan menolak pengantin ke dalam air itu bukanlah dalam perancangan sekali gus tidak menyangka perkara itu menjadi lebih serius.
Semalam, tindakan jurugambar menolak pengantin lelaki ketika menjalani sesi penggambaran dikecam ramai manakala pihak bridal meluahkan rasa kecewa dengan tindakannya. -KOSMO! ONLINE
@shaffat.as01 SAPE PERLUKAN CAMERAMAN PENGANTIN ,SAYA BOLEH BUAT.SLOT KOSONG #fyp #fypシ ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)