fbpx

Amerika Syarikat iktiraf dua jantina sahaja – Donald Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Bandar Raya New York. - Foto AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Donald Trump mengubah dasar jantina Washington seiring dengan  janji beliau semasa kempen pilihan raya tahun lalu, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Trump berkata, beliau akan menandatangani perintah eksekutif mengiktiraf hanya dua jantina iaitu lelaki dan perempuan selain mengisytiharkan kategori itu tidak boleh diubah.

“Setakat hari ini (semalam), ia akan menjadi dasar rasmi kerajaan AS bahawa hanya ada dua jantina, lelaki dan perempuan,” kata Trump semasa majlis angkat  sumpah jawatan di Washington.

Langkah itu sebagai memenuhi janji beliau selepas puak konservatif mengecam program budaya, jantina dan kepelbagaian, kesaksamaan serta keterangkuman (DEI).

Seorang pegawai pentadbiran persekutuan berkata, perintah eksekutif itu akan menamatkan pelaksanaan DEI dalam kerajaan persekutuan termasuk memotong pembiayaan kepada program itu merentas semua agensi.

Pentadbiran Trump tidak menyatakan sama ada tindakan itu akan dilanjutkan kepada sektor swasta.

Penyokong-penyokong DEI melihat program itu sebagai satu cara untuk membetulkan diskriminasi yang berlarutan berdasarkan kaum, seksualiti dan ciri-ciri lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI