fbpx

Tebusan Israel dapat ‘gift bag’ daripada Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pejuang Hamas menyerahkan beg hadiah kepada salah seorang tebusan yang dibebaskan. - CNN

BANDAR GAZA  – Tiga tebusan wanita yang dibebaskan oleh Hamas kelmarin menerima ‘beg hadiah’ istimewa daripada kumpulan penentang Palestin itu ketika mereka diserahkan kepada pihak Israel, lapor laman berita The New Arab.

Hamas mengeluarkan rakaman video menunjukkan tiga tebusan tersebut iaitu  Doron Steinbrecher, Emily Damari dan Romi Gonen masing-masing  membawa beg kertas mengandungi barangan ‘kenang-kenangan’ semasa mereka ditahan di Gaza.

Ketiga-tiga tebusan itu tersenyum dan sempat bergurau dengan pejuang Hamas yang menyerahkan beg hadiah tersebut.

Beg-beg itu dihiasi logo Briged Al-Qassam yang merupakan sayap bersenjata Hamas.

Rakaman sama menunjukkan sekurang-kurangnya satu item di dalam beg itu adalah sijil khas dengan logo Briged Al-Qassam bertajuk ‘Perjanjian Pembebasan’ dalam bahasa Ibrani dan Arab.

Media Israel melaporkan, beg itu juga menyimpan gambar tebusan semasa mereka dalam tahanan, peta Semenanjung Gaza dan rantai mempunyai lambang bendera Palestin.

Media Israel menyifatkan beg hadiah itu sebagai propaganda Hamas.

Bagaimanapun, pengguna media sosial membezakan keadaan dan gelagat tebusan Israel yang sihat dan gembira, berbanding kedaifan tahanan Palestin yang dibebaskan. Kebanyakan mereka menunjukkan tanda-tanda pengabaian dan penganiayaan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI