fbpx

Tahap pematuhan rakyat Negeri Sembilan 90 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Seremban, Datuk Mohamad Mat Yusop melakukan tinjaun SJR berdekatan Plaza Tol Seremban - Labu di sini.

SEREMBAN – Tahap pematuhan rakyat Negeri Sembilan terhadap prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat memuaskan dengan 90 peratus penduduk mematuhi arahan yang ditetapkan kerajaan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, setakat ini masyarakat di negeri ini memahami setiap ketetapan serta arahan dalam mengekang penularan Covid-19 dan diharapkan perkara tersebut akan berterusan.

“Rakyat Negeri Sembilan sudah bersedia untuk menghadapi PKP dan secara umum sebanyak 90 peratus rakyat di negeri ini mematuhi segala arahan dan SOP ditetapkan.

“Perkara itu berdasarkan pemantauan yang telah dikenal pasti oleh Pihak Berkuasa Tempatan, pasukan pemantau dan menerusi Sekatan Jalan Raya (SJR),” katanya pada sidang akhbar selepas  melakukan tinjauan SJR berdekatan Plaza Tol Seremban – Labu di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim.

Menurut Mohamad, setakat ini pihak polis telah melaksanakan sebanyak 20 SJR di seluruh negeri selaras dengan perlaksanaan PKP yang diumumkan kerajaan dan SJR tersebut akan ditambah di setiap daerah.

“Mulai tengah malam ini kita akan dirikan lebih banyak SJR antara sempadan daerah memandangkan kerajaan telah memgumumkan PKP di seluruh Negeri Sembilan berbanding hanya di Seremban dan Port Dickson sebelum ini.

“Kita juga merancang untuk menambah lagi kumpulan pemantau yang kini berjumlah 24 pasukan bagi memastikan rakyat terus mematuhi arahan yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, seramai 328 anggota terdiri daripada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta  anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ditugaskan mengawal laluan keluar masuk sepanjang SJR diadakan.

“Saya berharap penduduk di negeri ini mematuhi arahan yang ditetapkan dan tidak keluar rumah sekiranya tidak mempunyai hal mustahak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI