fbpx

Kumpulan remaja gaduh hanya kerana kemalangan ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan kumpulan remaja itu yang bergaduh di MAEPS, Serdang pada Sabtu lalu.

SEPANG – Video pergaduhan membabitkan dua kumpulan remaja yang tular di TikTok dikesan berlaku di sebuah festival motosikal di
Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya mendapati insiden itu tercetus akibat kemalangan ringan membabitkan dua kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis daripada kedua-dua pihak itu atau orang awam mengenai insiden itu setakat ini.

“Kami ingin menegaskan komitmen bahawa tindakan tegas akan diambil bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

“Kami juga akan berusaha mendapatkan penjelasan daripada pihak penganjur festival berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan insiden pergaduhan kecil melibatkan sekumpulan remaja di All Rider Kapcai Festival, MAEPS Serdang di TikTok pada Sabtu lalu.

Rakaman video itu diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sekitar pukul 2.48 petang tadi menerusi akaun TikTok ‘raaraloerd’ serta telah dikongsi sebanyak 3,504 oleh pengguna laman sosial TikTok.

Norhizam menjelaskan, pihaknya komited meletakkan keselamatan dan kesejahteraan orang awam sebagai keutamaan dan komited membanteras sebarang bentuk jenayah yang boleh menjejaskan keselamatan awam dan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI