fbpx

‘Sudah 2 minggu mama pergi, adik asyik menangis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirul Nafis memuat naik gambar kenangan bersama Allahyarham Nur Izzaty serta anak mereka, Muhammad Faleeq di Instagram hari ini.

PETALING JAYA – “Adik dah mula tak mahu duduk sangat. Asyik menangis, serba tak kena. Papa tahu adik rindu mama.”

Itulah luahan suami kepada Allahyarham Nur Izzaty Hafizah Abuhuraira iaitu Amirul Nafis Amirnuddin yang perlu menjaga anak sulung mereka seorang diri selepas isteri tercinta meninggal dunia ketika dalam pelukannya pada 6 Januari lalu.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram Amirul Nafis, dia memaklumkan setiap kenangan bersama Allahyarham akan sentiasa dikongsikan di media sosial supaya suatu hari nanti ia menjadi tempat untuk melihat semula segala memori yang ada.

“Papa masukkan dalam hantaran ini, supaya nanti adik besar dia boleh tengok. Inilah seorang mama adik yang suka jalan dengan papa, yang selalu ada dekat mana dengan papa.

“Yang paling kuat makan tetapi tetap kurus. Lillah, mama dalam ingatan papa dan sekeluarga,” katanya.

Terdahulu, Amirul Nafis meluahkan kesedihan apabila isteri tercinta ‘pergi’ dalam keadaan tidur selepas menyusukan anak, Muhammad Faleeq Haq Amirul Nafis, 2 bulan.

Kata Amirul Nafis, dia reda dengan pemergian Nur Izzaty walaupun perit menerima kenyataan bahawa isteri kini tiada lagi di sisi.

Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan Sri Wahyuni Rahman, ibu kepada arwah Khairul Handzalah Sufi Khairul Azwan, menyentuh hati ramai apabila memberikan susu simpanan arwah anaknya kepada Muhammad Faleeq.

Wahyuni, yang baru kehilangan anak bongsunya berusia empat bulan selepas maut di sebuah taska tanpa lesen baru-baru uni turut mendoakan agar Muhammad Faleeq. membesar menjadi anak yang soleh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI