fbpx

[VIDEO] Lelaki ‘mumia’ alami gangguan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular 'mumia' berkeliaran di jalan raya di Sungai Besar.

SABAK BERNAM – Lelaki berpakaian mumia yang berjalan di Jalan Panchang Bedena ke pekan Sungai Besar di sini, disahkan mengalami masalah mental.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Robin Guha Thakurta berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tular di media sosial itu, kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Katanya, polis kemudian menahan lelaki berusia 25 tahun itu di sekitar Parit 6, Sungai Besar.

“Siasatan lanjut kemudian mendapati individu itu mengalami masalah gangguan mental.

“Polis kemudian membawa lelaki itu ke Hospital Sabak Bernam bagi rawatan lanjut dengan ditemani warisnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Robin, orang ramai dinasihatkan menghubungi polis untuk menyalurkan maklumat bagi menimbulkan kegusaran dan menggugat ketenteraman awam.

Terdahulu, Kosmo melaporkan penduduk Sungai Besar dikejutkan dengan kelibat ‘mumia’ berbalut kain putih yang dilihat berlegar-legar di jalan raya sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengguna jalan raya.

Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki yang berbalut penuh termasuk kepala itu dilihat melintas jalan utama sehingga mengundang reaksi orang ramai. – KOSMO! ONLINE

@_uncle_asz Penampakkan makhluk 😨 #sungaibesar #fyp #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypシ゚ #fypシ゚viral🖤tiktok ♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI