fbpx

PGA rampas RM23.3 juta barang seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota PGA bertugas mengawal sempadan bagi memastikan keselamatan dan keamanan negara. - Gambar hiasan

KLUANG – Batalion Lima Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam di sini berjaya merampas barangan seludup berjumlah RM23,344,561.21 menerusi Ops Taring Nyah 1 yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu.

Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, Ops Nyah 1 telah dijalankan sepanjang pantai barat semenanjung bermula daripada Negeri Selangor hingga ke Johor.

Katanya, sepanjang tempoh yang sama, pihaknya menahan 262 individu atas pelbagai kesalahan.

“Fokus utama penugasan adalah bagi mengawal persisiran pantai daripada ancaman penyeludupan, PATI, kontraban dan jenayah rentas sempadan.

Hakemal Hawari

“Seramai 262 orang saspek telah ditahan dengan pecahan jantina iaitu lelaki dewasa seramai 240 orang, manakala wanita dewasa 22 orang atas pelbagai kesalahan dan 80 kes penyeludupan dengan nilai rampasan keseluruhan RM23,344,561.21,” katanya melalui kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI