fbpx

Suara tangisan misteri iringi proses alih kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk membantu dalam kerja-kerja memindahkan kubur di Kampung Siraman, Blitar. - ANTARA

JAKARTA – Proses memindahkan beratus-ratus kubur di sebuah kampung di Blitar, wilayah Jawa Timur sedikit terganggu apabila beberapa pekerja terdengar bunyi tangisan misteri, lapor laman berita Blitar Kawentar.

Ketua Bahagian Peningkatan Kapasiti Alam Sekitar, Perkhidmatan Alam Sekitar Daerah Blitar, Hakim Catur Yulianto berkata, perkara aneh itu dialami oleh sekumpulan pekerja sebelum mereka pulang ke rumah.

“Mereka berasa seram ketika selesai melakukan tugas. Ketika mahu pulang, mereka mendengar bunyi seseorang menangis,” katanya.

Tambah Hakim, pekerja-pekerja tersebut kemudian mencari asal tangisan itu sebelum ia dikesan datang dari bawah tanah tanpa kubur.

“Pada dasarnya, ia hanya tanah kosong. Namun setelah digali, pekerja menemukan jenazah.

“Kami percaya perkara misteri itu terjadi kerana banyak mangsa kemalangan jalan raya tanpa identiti dikebumikan di lokasi tersebut.

“Terdapat 140 kubur tanpa identiti si mati,” katanya.

Tambah Hakim, antara kejadian misteri lain yang dilihat sendiri olehnya adalah seorang petugas mengelilingi pokok sebanyak enam kali secara tiba-tiba.

“Saya melihat sendiri salah seorang petugas tiba-tiba mengelilingi pokok sebanyak enam kali setelah memindahkan jenazah.

“Ketika ditanya, dia mengaku tidak sedar atas apa yang dilakukan itu,” katanya.

Sebanyak 486 kubur di Kampung Siraman itu digali semula dan dipindahkan ke lokasi lain bagi memberi laluan kepada projek pembinaan jejambat yang akan dilakukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI