BEIJING – Seorang budak lelaki berumur 10 tahun di China nekad melaporkan bapanya kepada polis kerana memiliki dadah selepas dimarahi tidak menyiapkan kerja rumah, lapor portal berita Must Share News semalam.
Kanak-kanak itu melarikan diri dari rumah dan menghubungi polis menggunakan telefon bimbit yang dipinjam dari sebuah kedai berhampiran.
Dia memberitahu polis bahawa bapanya menyembunyikan bunga popi di dalam rumah.
Menurut polis tempatan, kanak-kanak itu ditemukan di dalam stor sebelum dibawa pulang ke rumah untuk membantu polis melakukan serbuan.
“Polis berjaya menemui lapan bunga popi yang disembunyikan di balkoni.
“Suspek mendakwa bahawa tumbuhan itu digunakan sebagai rawatan perubatan.
“Dia ditahan dan dibawa ke Bridged Anti Narkotik untuk siasatan lanjut,” tambah polis. – AGENSI