fbpx

Buat pusingan kerja di kaunter perkhidmatan melebihi lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Azri bercakap kepada pemberita selepas Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2025 di Puspanitapuri, Putrajaya hari ini.- Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diarah untuk meneliti dan melaksanakan pusingan kerja membabitkan kakitangan awam yang telah berkhidmat di kaunter perkhidmatan melebihi lima tahun.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, ini kerana tempoh lima tahun berkhidmat di posisi sama disifatkan terlalu lama dan juga tidak bersesuaian.

“Bagi saya, jika kita berkhidmat lebih daripada lima tahun di satu-satu kaunter, kita patut ditukarkan dan dibuat proses pusingan kerja kerana lima tahun duduk menjaga kaunter adalah terlalu lama dan tidak bersesuaian.

“Maka itu saya mohon JPA boleh tengok semua kakitangan dan pegawai-pegawai kita yang telah berkhidmat di kaunter perkhidmatan melebihi lima tahun boleh di buat pusingan kerja,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2025 di sini hari ini.

Dalam pada itu, menerusi sidang akhbar, Shamsul Azri berkata, sekiranya kakitangan kerajaan terbabit menjalankan tugas yang sama melebihi lima tahun, tidak mustahil mereka juga akan tertekan.

Justeru, beliau mahu memastikan setiap kakitangan awam yang bertugas di kaunter perkhidmatan melaksanakan pusingan kerja agar dapat menjalankan fungsi-fungsi lain.

“Kita pastikan bahawa mereka ini akan kita ‘rotate’ ke fungsi-fungsi yang lain sebab jika dia (penjawat awam) lama sangat buat perkhidmatan pelanggan di kaunter, bila dia nak jalani peperiksaan untuk kenaikan pangkat, banyak soalan yang tidak boleh jawab kerana dia fokus kerja itu sahaja.

“Kadang-kadang lebih daripada lima tahun boleh menyebabkan (penjawat awam) sangat tertekan, jadi kena bagi tugasan yang baru lah untuk perubahan kerjaya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI