fbpx

E-waste haram RM18 juta dilumpuhkan, pistol angin dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan premis yang melakukan kegiatan memproses sisa elektronik atau e-waste di kawasan perindustrian Ladang Sungai Puluh.

KLANG – Kegiatan memproses sisa elektronik atau e-waste lebih RM18 juta secara haram berjaya dilumpuhkan menerusi serbuan di kawasan perindustrian Ladang Sungai Puluh, di sini, semalam.

Dalam serbuan dibuat Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor tersebut turut menahan 10 lelaki termasuk lapan warga asing berusia 30 hingga 53 tahun.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintenden Jafri Muhamad berkata, hasil pemeriksaan menemui pelbagai e-waste termasuk pelbagai jenis tembaga dan 60 tan aluminium seberat 60 tan selain 22 buah pallet elektronik.

Katanya, kesemua bahan tersebut dikategorikan sebagai Buangan Terjadual di dalam jadual Pertama,Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekelling (Buangan Terjadual) 2005.

Sepucuk pistol angin tiruan yang turut dirampas semasa serbuan di Klang.

“Rampasan turut melibatkan sebuah treler dan tiga kontena serta mesin bagi pemprosesan yang dianggarkan bernilai RM18, 722, 400.

“Manakala suspek yang ditahan terdiri masing-masing dua warga tempatan dan warga Bangladesh selain tiga untuk lelaki China dan Myanmar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, turut dirampas dalam serbuan itu adalah sepucuk pistol angin tiruan semi auto dan sejumlah anak kelongsong peluru pelbagai saiz.

Jelasnya, kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara untuk tindakan lanjut.

“Bagi kesalahan premis beroperasi tanpa mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) diserahkan kepada JAS.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 34A, Kebenaran Bertulis Seksyen 19, Lesen Seksyen 18, Seksyen lanjut di Bawah Seksyen 34B dan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI