fbpx

Presiden Korea Selatan dirakam ‘mug shot’, bermalam di penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 14 Disember 2024 menunjukkan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol. – AFP

SEOUL – Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol menyaksikan gambar ‘mug shot’ beliau dirakam dan menjalani pemeriksaan fizikal sebelum bermalam buat kali pertama di dalam penjara sebagai suspek penjenayah, kata seorang pegawai penjara hari ini.

Suk-yeol ditangkap dalam serbuan waktu subuh minggu lalu sekali gus merupakan  Presiden Korea Selatan pertama ditahan dalam siasatan jenayah semasa masih berkuasa.

Beliau disiasat berhubung dakwaan mencetuskan pemberontakan kerana mengisytiharkan undang-undang tentera di Korea Selatan.

Sebuah mahkamah meluluskan waran tangkapnya semalam dengan alasan beliau akan memusnahkan bahan bukti.

Perkembangan itu menyaksikan Suk-yeol ditahan sebagai suspek penjenayah sementara menunggu perbicaraan.

“Suk-yeol ditahan di sebuah sel penjara seluas 12 meter persegi di Pusat Tahanan Seoul di Uiwang semalam,” kata Ketua Pesuruhjaya Penjara Korea,  Shin Yong-hae. Beliau seorang diri di selnya.

Menurut peraturan penjara, Suk-yeol perlu memakai seragam banduan dan diberikan nombor banduan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI