fbpx

Kerajaan perkemas proses hantar pulang rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly (tiga dari kanan) di Majlis Hi-Tea Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan sedang memperkemaskan proses untuk menghantar pulang rakyat Palestin yang dibawa masuk ke negara ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, penghantaran pulang rakyat Palestin tersebut akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan kerajaan Mesir.

Katanya, pihak kementerian juga memantau rapat perkembangan situasi di Palestin sebelum dalam melaksanakan sebarang misi penghantaran pulang.

“Operasi ini sebahagian program kerajaan untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestin dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga sudah maklum mengenai perkara tersebut (penghantaran pulang).

“Ini masa sesuai untuk menghantar mereka pulang. Jadi beberapa aspek lain perlu dilihat sebelum operasi dapat dilaksanakan,” katanya ketika menghadiri Majlis Hi-Tea Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM bersama Menteri Pertahanan di sini hari ini.

Selain itu, Adly berkata, negara akan terus mendukung usaha terutamanya di Kementerian Pertahanan untuk melihat aspek-aspek lain bagi membantu warga Palestin terutamanya di Gaza.

Ditanya berapa lama proses tersebut akan mengambil masa, beliau berkata, perkara itu bergantung kepada maklum balas yang diterima daripada Kedutaan Palestin dan kerajaan Mesir.

“Kita tahu bahawa rakyat Palestin itu hati mereka nak pulang ke tanah air macam kita selalu sebut, itu rumah mereka dan sudah pasti mereka mahu dapat kembali ke tanah air mereka apatah lagi dalam keadaan genjatan senjata.

“Jadi, kita sedaya-upaya usahakan supaya mereka dapat kembali ke bumi mereka dan hidup dalam keadaan aman dan dalam masa yang sama kita akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada warga Palestin terutamanya di Gaza,” katanya.

Terdahulu, 16 Ogos lalu seramai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza tiba di Malaysia dengan menaiki dua pesawat A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI