fbpx

Pengarah agensi kerajaan di Terengganu direman rasuah RM900,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek ( dua dan tiga dari kanan) ditahan reman bagi membantu siasatan menerima suapan RM900,000 di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Dua lelaki termasuk seorang pengarah agensi kerajaan di Terengganu direman enam hari sehingga Sabtu selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM900,000.

Perintah reman dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber SPRM berkata, suspek berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai melakukan perbuatan tersebut sebagai balasan mendapatkan projek, menyediakan dan meluluskan beberapa pelan pembangunan kepada sebuah syarikat perunding.

Kedua-dua suspek ditahan bersama seorang lagi individu semalam, namun individu tersebut dilepaskan dengan jaminan SPRM.

“Suapan itu diterima secara tunai selain pemindahan ke dalam akaun bank suspek dan adiknya. Kesalahan itu dilakukan pada 2015 hingga 2020,” katanya hari ini.

Mereka bertiga ditahan secara berasingan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Kemaman di sini.

Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid berkata, sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire milik suspek disyaki dibiayai syarikat tersebut turut disita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI