fbpx

‘Alasan anak saya tak pandai mengeja, tak siap kerja sekolah tidak logik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIZA Salzul menunjukkan kesan cubit pada tulang rusuk anaknya yang didakwa dilakukan seorang guru prasekolah di sebuah sekolah di Jelapang, baru-baru ini.

IPOH – Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menanggung azab sejak empat bulan lalu selepas didakwa didera guru prasekolah di sebuah sekolah di daerah ini.

Ibunya, Aiza Salzul Hanira Zulkapli, 42, berkata, kejadian menimpa anak tunggalnya itu disedari pada September lalu selepas melihat ada kesan luka dan kemerah-merahan di telinga kiri didakwa ditarik dan dipulas guru wanita.

Katanya, kejadian tersebut berulang apabila kanak-kanak itu mengadu dicubit pada tulang rusuk kanan selain kesan lebam di pinggang dan diketuk di kepala.

“Pada mulanya, saya sangka kanak-kanak lain yang buat, jadi saya tidak hiraukan perkara itu sehingga anak beritahu dia dirotan dan setiap hari dipukul di kepala oleh guru sama.

“Bahkan, anak juga beritahu dia disuruh berlari keliling padang seorang diri, diletak pin pada poket seluar, ditampar di muka selain tidak dibenarkan makan dan minum.

“Alasan guru itu berbuat demikian kerana anak saya tidak pandai mengeja dan tidak menyiapkan kerja sekolah. Bagi saya alasan itu tidak logik. Mustahil hanya anak saya yang tidak siapkan kerja sekolah sehingga dihukum sebegitu,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Menurut Aiza, penderaan terbaharu dialami anaknya pada 13 Disember lalu apabila kanak-kanak tersebut dirotan di kedua-dua tapak tangan sehingga lebam dan bengkak.

Susulan kejadian itu, kanak-kanak tersebut mengalami kesakitan sehingga tidak boleh tidur malam. Pemeriksaan doktor Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati terdapat kecederaan tisu lembut pada tapak tangan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI