fbpx

Malaysia, EU sambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Hubungan antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) terus diperkukuh menerusi penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA).

Penyambungan semula rundingam MEUFTA itu diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula Von Der Leyen sempena lawatan kerja Perdana Menteri ke Brussels, Belgium.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan berkata, penyambungan semula rundingan itu menandakan satu pencapaian penting dalam usaha mengukuhkan hubungan ekonomi Malaysia dengan salah satu blok perdagangan terbesar dunia.

Katanya, ia turut mencerminkan komitmen Malaysia dalam memupuk hubungan ekonomi yang lebih erat dengan EU yang merupakan salah satu rakan perdagangan dan pelaburan utama Malaysia.

“Pencapaian ini juga menggambarkan kekuatan hubungan yang berterusan antara kedua-dua pihak dan komitmen bersama dalam memupuk kemakmuran ekonomi.

“MEUFTA dijangka membuka manfaat yang besar merentasi pelbagai sektor ekonomi Malaysia selain mengukuhkan rantaian bekalan global dalam sektor-sektor kritikal,” katanya hari ini.

Jelas PMO lagi, MEUFTA juga berpotensi untuk meningkatkan eksport daripada sektor seperti produk elektrik dan elektronik, minyak sawit dan produk berasaskannya serta peralatan optik dan saintifik ke pasaran EU.

“MEUFTA turut akan menjadi pemangkin dalam menarik pelaburan baharu dari EU dalam sektor-sektor termaju seperti tenaga hijau dan pembuatan termaju selaras dengan matlamat pembaharuan industri dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030,” katanya.

Pada tahun 2023, EU merupakan rakan dagang ke-4 terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan mencecah RM206.79 bilion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI