fbpx

Malaysia ke-10 negara paling aman di dunia – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Malaysia kini berada di tangga ke-10 negara paling aman di dunia, jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Jelas beliau, Global Peace Index 2024 meletakkan Malaysia berada di tangga ke-10 dunia, kedua paling aman di Asia selepas Singapura.

“Alhamdulillah, Malaysia terus mencatat pencapaian membanggakan dalam keselamatan.

“Global Terrorism Index 2024 menunjukkan penurunan ancaman keganasan, manakala Global Peace Index 2024 meletakkan Malaysia di tangga ke-10 dunia, kedua paling aman di Asia,” jelasnya di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid ketika mempengerusikan mesyuarat selepas menyempurnakan Asia International Security Summit & Expo 2025 di Putrajaya.

Tambah Ahmad Zahid, walaupun negara berada pada tahap itu, namun tidak boleh sesekali terleka.

“Ancaman seperti keganasan siber memerlukan tindakan proaktif, teknologi terkini dan kerjasama erat semua pihak.

“Dengan usaha bersepadu, insya-Allah, Malaysia akan kekal aman, selamat dan sejahtera,” jelas beliau.

Terdahulu, Global Peace Index 2024 telah menyenaraikan Malaysia sebagai negara Asia kedua berada di kedudukan top 10 negara paling aman di dunia.

Menurut ranking tersebut lagi, Iceland berada di kedudukan teratas, manakala Singapura berda pada tangga kelima.

Hanya Malaysia dan Singapura sahaja negara dari Asia berada dalam carta top 10. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI