fbpx

Pengurus buangan United akan kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG dikatakan bakal menggantikan tempat Sahin sekiranya Dortmund gagal menewaskan Bologna awal pagi esok. - AFP

DORTMUND – Bekas pengurus Manchester United, Erik ten Hag dilaporkan semakin hampir kembali ke bidang kejurulatihan sejak dipecat dari Old Trafford pada 28 Oktober tahun lalu.

Ia susulan kenyataan daripada Pengarah Sukan Borussia Dortmund, Lars Ricken yang memberi bayangan seorang pengendali berpengaruh akan hadir menggantikan tempat ketua jurulatih pasukan itu, Nuri Sahin.

“Nuri (Sahin) akan berada di tempat duduk pasukan menentang Bologna. Namun, sudah tentu kita semua tahu bahawa kemenangan amat penting, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang,” kata Ricken.

Sahin dikatakan berada dalam keadaan yang cukup tertekan selepas merekodkan kekalahan ketiga berturut-turut, tewas 0-2 kepada Eintracht Frankfurt dalam aksi Bundesliga pada Sabtu lalu.

Kekalahan itu menyebabkan Dortmund jatuh ke tangga ke-10, tujuh mata dengan pasukan tempat keempat, VfB Stuttgart yang merupakan slot terakhir ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Difahamkan, Sahin hanya diberikan satu peluang dan akan ditunjukkan jalan keluar sekiranya gagal menewaskan Bologna dalam aksi UCL di Stadium Renato Dall’Ara awal pagi esok.

Spekulasi bertiup kencang mengatakan Ten Hag bakal menggantikan tempat Sahin selepas pengendali Belanda itu dilihat berada di Dortmund sejak kebelakangan ini.

Sebagai rekod, Ten Hag tidak terikat dengan mana-mana kelab buat masa ini sejak dipecat oleh United meskipun merekodkan 70 kemenangan daripada 128 perlawanan dalam semua kejohanan sejak dilantik pada 23 Mac 2022.

Selain Ten Hag, ketua jurulatih Stuttgart, Sebastian Hoeness turut dikaitkan dengan jawatan Sahin tetapi beliau hanya bersedia meninggalkan kelabnya di penghujung musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI