fbpx

Era paling memalukan Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJAGA gol United, Andre Onana (kiri) gagal menghalang Brighton menjaringkan tiga gol ketika tewas kelmarin. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim secara terbuka mengkritik prestasi pasukannya selepas kekalahan memalukan 1-3 kepada Brighton selain menyifatkan skuad kendaliannya sebagai pasukan terburuk dalam sejarah 147 tahun kelab itu.

Kekalahan di Old Trafford kemarin menandakan empat kekalahan dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) terakhir di tempat sendiri, sekali gus memburukkan lagi musim sukar buat gergasi England tersebut.

Sejak mengambil alih tugas Erik ten Hag pada November lalu, Amorim hanya mampu meraih 11 mata daripada 11 perlawanan liga dan menyebabkan mereka kini di tangga ke-13, hanya 10 mata dengan zon penyingkiran.

“Bayangkan bagaimana perasaan penyokong Manchester United sekarang. Bayangkan pula bagaimana rasanya untuk saya. United mendapatkan pengurus baharu tetapi kalah lebih banyak daripada pengurus sebelumnya. Saya sangat sedar tentang itu.

“Kami mungkin skuad terburuk dalam sejarah Manchester United. Ini adalah kenyataan yang perlu diterima. Jika anda mahu tajuk utama, inilah dia,” katanya.

The Red Devils sempat menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Bruno Fernandes memadam gol awal Brighton daripada Yankuba Minteh, namun pelawat bangkit memenangi perlawanan menerusi jaringan Kaoru Mitoma dan Georginio Rutter.

Kekalahan itu menambah derita United yang kini mencatat 10 kekalahan dalam 22 perlawanan EPL menjadikan kempen 2024/25 sebagai musim paling cepat kelabn itu mencapai angka dua digit kekalahan sejak era Alex Ferguson pada 1989/90.

Meskipun United pernah tersingkir lima kali dalam sejarah kelab dengan kali terakhir pada 1974, namun Amorim masih optimis penyingkiran musim ini tidak akan berlaku biarpun tidak menafikan ancaman itu semakin nyata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI