fbpx

Tutup terus premis ayam pernah didenda tiga kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lalat di salah sebuah rumah penduduk di Kampung Ladang Batu, Tanjong Sepat.

SHAH ALAM – Mana-mana premis ternakan ayam yang telah didenda atau dikompaun sebanyak tiga kali perlu ditutup segera bagi mengelakkan kacau ganggu lalat kepada penduduk di Tanjong Sepat, Kuala Langat dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Datuk Borhan Aman Shah berkata, tindakan tegas itu perlu diambil bagi membuktikan keseriusan terhadap isu lalat yang menjejaskan kesihatan dan sensitiviti penduduk.

Katanya, kacau ganggu lalat itu bukan sahaja mengganggu Kampung Ladang Batu malah Kampung Batu laut, Kundang dan Tanjong Sepat.

“Mana yang telah tiga kali denda atau kompaun, perlu ditutup. Jangan bagi peluang.

“Ini supaya tindakan tegas diambil dan tidak anggap main-main (oleh pemilik premis),” katanya pada sidang akhbar pembukaan semula Muzium Sultan Alam Shah di sini, hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan lebih 500 penduduk Kampung Ladang Batu, Tanjong Sepat terpaksa berdepan serangan ribuan lalat setiap hari sejak tiga tahun lalu yang didakwa berpunca premis ternakan ayam berdekatan.

Borhan yang juga Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor menegaskan, terdapat kira-kira premis ternakan ayam di lokasi berkenaan dengan rata-ratanya menggunakan kaedah konvensional.

Ujarnya, beliau sebelum ini telah memanggil penternak ayam, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Pejabat Tanah dan Galian serta wakil penduduk mencari solusi terbaik mengatasi masalah itu.

“Kita minta penternak ini mengambil berat masalah itu. Saya tengok kawasan itu diwajibkan secara moden bukannya secara konvensional.

“Namun, ada penternak yang mahu tunggu habis lesen (premis) baru beralih ke arah moden. Lesen dua tahun, ada lagi setahun. Jadi, tidak mahu beralih ke moden dan guna konvensional lagi,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, prosedur juga didapati tidak diikuti apabila tiada semburan dibuat terlebih dahulu sebelum ayam-ayam itu dikeluarkan dari premis mereka.

“Jadi lalat berkeliaran. Penternak juga ada jual najis ayam (sebagai baja) dan menjadi masalah ada penduduk membelinya.

“Dia (penduduk) tabur baja najis ayam itu di pokok-pokok rumah mereka. Apabila hujan, najis basah dan jana semula lalat (berkerumum di situ),” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI