fbpx

GISBH: Representasi tiga pembantu pengajar madrasah diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA daripada empat pembantu pengajar sebuah madrasah yang berdepan pertuduhan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak di sebuah madrasah di Kuala Pilah hadir pada prosiding sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini. FOTO : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

SEREMBAN – Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima permohonan representasi yang dikemukakan tiga pembantu pengajar madrasah di Kuala Pilah berhubung pertuduhan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak yang dihadapi mereka.

Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi ketika prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Surita Budin memaklumkan, representasi yang diterima melibatkan tertuduh, Muhammad Habib Noh Mohd. Zairi, 22, Muhammad Khunais Fathie Khabil, 21, dan Muhammad Fawzun Azim Ismail, 21.

Menurut Rasyidah Murni, representasi itu diteliti di peringkat tertinggi dan pihak pendakwaan menerima untuk menawarkan pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 377 E Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun seorang lagi tertuduh, Ahmad Nadzful Izham Azizan, 23, kekal dengan pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana tidak mengemukakan representasi.

Dalam pada itu, peguam Datuk Hanif Hassan yang mewakili empat tertuduh berkata, beliau memohon masa kepada mahkamah untuk berbincang dengan keluarga anak guam berkaitan hukuman atau apa-apa perintah.

Mahkamah menetapkan 14 Februari ini untuk sebutan semula kes. Bagi tertuduh, Ahmad Nadzful tarikh sama ditetapkan bagi serahan laporan perubatan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memaklumkan laporan itu tidak dapat diserahkan kepada pembelaan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI