fbpx

‘Selamat ulang tahun Abam, semoga Allah merahmati rohmu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERINDUAN tak berpenghujung, Achey tidak putus menitipkan doa buat sahabat karibnya, Allahyarham Abam di Tanah Suci Mekah.

PETALING JAYA – Pelawak dan pelakon Achey menyentuh hati ramai apabila menitipkan ucapan istimewa buat Allahyarham Abam, sempena ulang tahun kelahiran arwah ketika berada di Tanah Suci.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah,39, berkongsi momen tersebut menerusi video dalam TikTok sambil mendoakan kesejahteraan sahabat baiknya itu.

“Abam, selamat hari jadi.

“Insya-Allah, semoga Allah merahmati rohmu. Bertiga sementara, Bocey selamanya.

“Sayang sahabatku, selamat ulang tahun Abam, berlambak doa aku untuk kau bam kat tanah Mekah ni,” katanya.

Ucapan itu disambut dengan pelbagai reaksi positif daripada netizen yang turut sama mengenang arwah dan mendoakan kesejahteraannya.

“Allahyarham Abam sentiasa dalam doa kami. Semoga persahabatan Bocey terus memberi inspirasi,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Abam memang sahabat sejati. Achey dan Fad adalah contoh teman yang setia,” komen netizen lain.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan meninggal dunia di rumahnya di Gombak, Selangor pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun.

Pemergian Abam akibat demam panas mengejutkan ramai dan ditangisi dunia komedi tanah air.

Pun begitu, persahabatan erat antara Achey, Fad dan Abam terus dikenang peminat sehingga ke hari ini.

Kumpulan Bocey yang ditubuhkan pada 2013 menjadi salah satu ikon dalam dunia komedi mencuri hati rakyat Malaysia dengan lawak spontan dan keakraban persahabatan mereka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI