fbpx

KPDN, Petronas kerjasama tawar servis kereta harga rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan (tiga kiri) ketika meluncurkan Program Servis Ihsan MADANI@Petronas AutoExpert pada Majlis Perutusan Tuju KPDN 2025 di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Pemilik kereta boleh menikmati servis pada harga rahmah di beberapa bengkel stesen minyak Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menerusi kerjasama bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, menerusi program Servis Ihsan Madani @ Petronas AutoExpert (SIM@PAX) itu, orang ramai boleh menikmati servis pada harga murah setiap musim perayaan.

“Untuk permulaan, sejumlah 95 daripada keseluruhan 130 buah stesen Petronas di seluruh negara terlibat untuk sambutan Tahun Baharu Cina nanti,” katanya pada Majlis Perutusan Hala Tuju KPDN 2025 di sini hari ini.

Armizan berkata, pada peringkat awal, skim itu akan berlangsung dari 24 hingga 28 Januari bersempena Tahun Baharu Cina dan akan diperluaskan kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, Pesta Kaamatan, Hari Gawai, Deepavali dan Krismas.

Inisiatif itu juga akan meliputi Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan melibatkan semua bengkel Petronas AutoExpert di stesen minyak syarikat tersebut.

Pemilik kenderaan akan menerima kadar potongan istimewa antara 10 dan 30 peratus berbanding harga pasaran untuk minyak pelincir jenis mineral dan semi sintetik.

“Pakej penyelenggaraan ditawarkan juga lebih rendah daripada kebiasaan dan mereka yang berminat perlu menempah slot servis itu melalui aplikasi Setel Petronas,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI