fbpx

Pasangan suami isteri pengendali umrah ditahan lagi di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Pasangan suami isteri pemilik sebuah syarikat pelancongan yang dibebaskan Polis Selangor kelmarin, ditahan lagi membabitkan kerugian RM174,080 di Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, tangkapan terhadap pasangan suami isteri warga tempatan yang berusia 32 tahun ditahan kelmarin setelah mereka dilepaskan dengan jaminan Polis Selangor.

Katanya, tangkapan dibuat pihaknya ekoran sembilan laporan polis diterima melibatkan penipuan pakej umrah dengan kerugian sebanyak RM174,080.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat serta boleh dikenakan denda.

“Kedua-dua suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis, manakala kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seramai lapan individu termasuk pasangan suami isteri terlibat yang berusia antara 24 hingga 46 tahun direman polis Selangor bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan kerugian RM2.1 juta.

Penahanan kesemua suspek dibuat setelah pihak polis menerima tujuh laporan awal mengenai penipuan pakej umrah yang diiklankan melalui aplikasi TikTok dan ejen syarikat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI