fbpx

JBPM bakal terima 3 helikopter baharu tahun depan – Kor Ming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming ketika sidang akhbar pada Majlis Perasmian Pelancaran Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan Sempena Tahun Baru Cina 2025 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia - Ops Siaga Raya di Plaza Petronas, Suria KLCC, hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal menerima tiga helikopter baharu jenis AgustaWestland AW139 menjelang tahun hadapan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, ia dibuat menerusi peruntukan KPKT sebanyak RM220 juta pada tahun ini bagi perolehan aset-aset baharu.

“Memang Kerajaan Madani menitikberatkan kesiapsiagaan pasukan JBPM sebab itu peruntukan diberi bagi mendapatkan aset-aset baharu perolehan ini.

“JBPM akan terima tiga buah helikopter ini menjelang tahun 2026 untuk kita perhebatkan misi menyelamat khususnya di kawasan pedalaman dan lokasi sukar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan Sempena Tahun Baru Cina Tahun 2025 – Ops Siaga Raya yang diadakan di Suria KLCC, Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu Kor Ming dilaporkan berkata, perkhidmatan ambulan udara atau Emergency Medical Air Ambulance Rescue Services (EMARS) mampu menjimatkan perbelanjaan negara sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.

Jelas beliau, kerajaan sebelum ini membelanjakan kira-kira RM20 juta setahun bagi menggunakan khidmat pakar swasta termasuk pasukan doktor udara ke kawasan pendalaman untuk kerja-kerja menyelamat dan perubatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI