PETALING JAYA – Sebanyak 264 menara telekomunikasi terjejas akibat banjir di negeri Kelantan telah siap diperbaiki.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, secara keseluruhannya, 264 menara telekomunikasi terjejas akibat banjir di negeri itu, namun semuanya telah diperbaiki.
“Saya telah minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) teliti langkah-langkah penyelesaian untuk atasi isu menara telekomunikasi terjejas pada musim banjir.
“Alhamdulillah, menara telekomunikasi di Kampung Jubakar Pantai, Tumpat telah dibaik pulih dan kembali beroperasi setelah terputus bekalan akibat banjir baru-baru ini,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Tambhanya, menara di Kampung Jubakar Pantai digunakan oleh CelcomDigi dan Maxis untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi dan bertapak di kawasan yang mempunyai sekitar 3,000 penduduk.
Terdahulu, Fahmi telah mengadakan lawatan di jajahan Tumpat, Kelantan bagi melihat sendiri proses baik pulih menara yang terlibat ketika banjir hujung tahun lalu. – KOSMO! ONLINE.