fbpx

Rugi RM800,000 deretan rumah kedai milik keluarga hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Firdaus menunjukkan sisa kebakaran di rumahnya di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh hari ini. Foto oleh TOREK SULONG/ KOSMO!

PASIR PUTEH – Enam sekeluarga mengalami kerugian mencecah RM800,000 selepas deretan lima rumah kedai milik keluarga tersebut hangus dalam kebakaran di Kampung Alor Pasir, di sini semalam.

Mangsa yang juga pemilik salah sebuah premis, Muhammad Firdaus Mustapha, 42, berkata,  kejadian itu disedarinya selepas terhidu bau asap dan dipercayai bermula dari kawasan rumah sewa yang terletak bersebelahan premisnya kira-kira pukul 6.20 petang.

“Saya terus menghubungi talian kecemasan sambil berusaha memadamkan kebakaran menggunakan air paip, namun gagal.

“Isteri (Siti Haslini Abdul Hamid, 42) membawa empat anak berusia tujuh bulan hingga 16 tahun keluar melalui pintu dapur untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, lebih 12 kereta jenis Mercedes dan BMW yang dibaiki di bengkel kenderaan mewah berdekatan turut hangus dalam kebakaran itu.

Muhammad Firdaus yang juga pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang berkata, anggaran kerugian yang dialami keluarganya mencecah RM800,000 melibatkan kelima-lima buah premis tersebut.

“Saya pasrah dan reda dengan dugaan yang berlaku. Musabah ini diluar jangkaan yang menuntut ketabahan kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, kerja memadamkan kebakaran membabitkan 28 anggota bomba dan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Tok Bali, Tanah Merah dan Ketereh.

Katanya, kerja memadam kebakaran ditamatkan pada pukul 12 tengah malam tadi dengan pelbagai usaha dilakukan termasuk menyedut bekalan air dari parit berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI