fbpx

Kes tipu umrah paling banyak dilapor di Tribunal Tuntutan Pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan pada sidang akhbar selepas Majlis Perutusan Tuju Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) 2025 di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengakui kes penipuan umrah antara yang paling tinggi dilaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, susulan itu, pihaknya meminta mereka yang mengalami kes penipuan umrah agar segera membuat tuntutan kepada tribunal berkenaan.

“Saya tiada butiran statistik yang lengkap, namun ini juga antara kes terbanyak diuruskan tribunal berkenaan sebab jenayah penipuan itu amat serius,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perutusan Hala Tuju KPDN 2025 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, pihaknya memberi jaminan tribunal tersebut bersedia membantu mangsa.

“Ini juga adalah komitmen KPDN sendiri dan saya mahu memastikan semua kes tuntutan itu dapat diselesaikan dengan segera kerana ia membabitkan hak pengguna.

“Perkara tersebut memang diperuntukkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 jika mangsa itu membuat aduan dianiaya oleh penyedia perkhidmatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI