fbpx

TikTok kembali beroperasi di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna di AS menerima pemberitahuan daripada TikTok semalam. - Getty Images

WASHINGTON – Aplikasi perkongsian video pendek, TikTok kembali beroperasi di Amerika Syarikat (AS), beberapa jam sebelum majlis angkat sumpah Presiden AS yang baharu diadakan, lapor akhbar Metro UK. 

TikTok tidak dapat diakses oleh 170 juta pengguna di AS selepas undang-undang baharu yang melarang penggunaannya di negara itu berkuat kuasa kelmarin.

Bagaimanapun, presiden yang dipilih rakyat, Donald Trump mengumumkan untuk menangguhkan larangan itu selama 90 hari sebaik sahaja beliau mengambil alih tampuk pemerintahan.

TikTok menyatakan dalam satu kenyataan bahawa pihaknya dalam proses ‘memulihkan perkhidmatan’ hanya beberapa jam selepas aplikasi tersebut ‘lenyap’ di AS. 

“Kami berterima kasih kepada Trump kerana memberikan jaminan yang diperlukan dan akan bekerjasama dalam penyelesaian untuk mengekalkan aplikasi ini di AS dalam jangka masa panjang,” tambah TikTok. 

Pengharaman itu berpunca daripada kebimbingan mengenai data pengguna AS disalahgunakan dan diserahkan kepada agensi perisikan China. 

Menerusi platform media sosial Truth Social, Trump berkata: “Saya akan mengeluarkan perintah eksekutif pada Isnin untuk melanjutkan tempoh masa sebelum larangan undang-undang berkuat kuasa supaya kita boleh membuat perjanjian untuk melindungi keselamatan negara.”

“Saya ingin AS mempunyai pemilikan 50 peratus dalam usaha sama kerana nilai TikTok boleh melonjak kepada ratusan bilion dolar atau mungkin trilion dolar. 

“Dengan melakukan ini, kami menyelamatkan TikTok dan menyimpannya dalam tangan yang baik,” tambah Trump. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI