fbpx

Pukul OKU di pasar tani, seorang lagi lelaki direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki (kiri) direman tiga hari bagi membantu siasatan memukul seorang lelaki OKU di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang lagi lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes memukul lelaki orang kelainan upaya (OKU) mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai di sini, Jumaat lalu.

Lelaki berusia 40 tahun itu direman selama tiga hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, di sini pukul 11.30 malam kelmarin.

“Penahanan terbaharu ini menjadikan lima lelaki berusia 18 hingga 60 tahun diberkas setakat ini. Seramai tiga saksi turut dipanggil untuk diambil keterangan,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki OKU berusia 47 tahun dipukul dan disepak beberapa individu dipercayai peniaga dan pelanggan Pasar Tani Padang Astaka Chukai.

Insiden itu dipercayai berpunca akibat rasa tidak puas hati selepas motosikal ditunggang bapa lima anak tersebut terlanggar sebuah gerai sehingga menyebabkan makanan jualan tumpah ke atas jalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI