fbpx

Malaysia sokong penubuhan Pasukan Tugas Jenayah Siber ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita ketika merasmikan AiSSE 2025 di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Malaysia menyokong penuh penubuhan Pasukan Tugas Jenayah Siber ASEAN dalam usaha memerangi ancaman siber di rantau ini dengan lebih berkesan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, [penubuhan pasukan itu akan memudahkan pertukaran maklumat perisikan masa nyata dan menjalinkan kerjasama serantau dalam memerangi ancaman siber.

“Baru-baru ini, semasa Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global di China, saya menekankan keperluan mendesak untuk kerjasama antarabangsa dalam menangani jenayah transnasional.

“Hari ini, penjenayah beroperasi merentas sempadan dan respons kita mesti sama dan diselaraskan,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan The Asia International Security Summit and Expo 2025 (AiSSE 2025) di sini, hari ini.

Katanya, Malaysia dan China juga telah sepakat untuk menguatkan perkongsian maklumat, langkah kawalan sempadan, serta menangani jenayah siber, penipuan kewangan dan perdagangan manusia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI