fbpx

4,657 pelajar di Perlis mulakan sesi persekolahan bersemuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon SPM mengambil suhu di pintu masuk sebelum masuk ke SMK Perlis hari ini.

KANGAR – Seramai 4,657 pelajar sekolah menengah di negeri ini yang bakal menduduki peperiksaan awam memulakan sesi persekolahan secara bersemuka bermula hari ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Naharudeen Othman berkata, daripada jumlah tersebut seramai 3,361 adalah calon Sijil Pelajaran Malaysia.

Katanya, calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula adalah seramai 952 pelajar.

“Selain itu terdapat 108 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) pula sebanyak 236 calon dari Kolej Vokasional Kangar dan Kolej Vokasional Arau,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Perlis, Dr. Abdul Jalil Ramli berharap pihak sekolah dapat memastikan prosedur operasi standard (SOP) dapat dipatuhi dengan baik supaya keselamatan calon peperiksaan awam itu terjamin.

Jelasnya, PIBKS yakin dengan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan bagi membantu calon menghadapi peperiksaan dengan baik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI