SANDAKAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain disahkan meninggal dunia pada pukul 11.20 malam tadi.
Berita duka itu dimaklumkan ipar Allahyarham, Berahim Nasip.
Allahyarham Mohamad Hamsan, 65. dinyatakan meninggal dunia di sebuah hospital swasta.
Bagaimanapun punca kematian Mohamad Hamsan masih belum dapat disahkan.
“Jenazah sedang dibawa ke rumah Allahyarham di Taman Kong Lok, Sandakan sebelum dibawa ke Masjid Pangiran di Batu 7.
“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bintang Baru, Rancangan Sungai Manila sebelum solat Zuhur,” katanya.
Mohamad Hamsan difahamkan mendapatkan rawatan akibat komplikasi beberapa penyakit antaranya membabitkan buah pinggang. – KOSMO! ONLINE