PETALING JAYA – “Jujur ja lah. Isteri orang setiap kali buat ‘story’ (cerita), mesti ada satu nama viewer (penonton) yang dia cari, dan yang pasti sudah semestinya bukan suami dia.”
Itu kenyataan seorang lelaki di TikTok mengenai ‘niat’ sebenar para isteri yang berkongsi kandungan di media sosial di ruangan ‘Story’ adalah untuk dilihat lelaki tertentu yang bukan suami mereka.
Amat mengejutkan, terdapat beberapa wanita yang tanpa segan silu mengakui kenyataan lelaki berkenaan di TikTok itu adalah benar, malah ada yang memintanya supaya tidak membocorkan rahsia tersebut.
“Tolong, jangan bocor rahsia,” kata seorang wanita.
“Memang betul-betul tahu isi hati kita orang lah,” kata seorang wanita yang lain.
“Kau ni perempuan ke lelaki, eh? Macam tahu saja,” komen seorang lagi pengguna.
Pengakuan para wanita berkenaan bagaimanapun mengundang kecaman orang ramai termasuk para isteri yang mendedahkan, tidak melakukan perkara itu bagi tujuan yang sama.
“Maaf. Tak termasuk golongan isteri yang masih terhegeh-hegeh nak perhatian lelaki lain,” tegas Sharudah Maizatul.
“Memalukan. Berkumpul la mereka spesis yang sama dan menghalalkan kelakuan tak bermoral mereka,” kata Azza Iflah.
“Sedihnya. 10 kali fikir nak kahwin macam ni. Yang dalam tu semua bertudung pula tu,” luah seorang lelaki. – KOSMO! ONLINE