fbpx

‘Lima sekeluarga hilang, bapa rasa sesuatu tidak kena’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima sekeluarga yang gagal dihubungi sejak Jumaat lalu.

JERANTUT – Kegagalan seorang pesara guru bertanya khabar cucunya Sabtu lalu yang dihubungi hampir setiap hari membuatkan warga emas itu berasa ada sesuatu yang tidak kena.

Amir Hamzah Nordin,65, berkata dia yang gagal menghubungi anak sulung dan menantunya itu kemudiannya menghubungi anak bongsunya yang belajar di Shah Alam bagi bertanyakan keadaan keluarga berkenaan.

Katanya, dia terkejut apabila anak bongsunya memaklumkan kakaknya iaitu Anis Huda Amir Hamzah,37 bersama suaminya, Nik Muhammad Ersyad Afifi Tajuddin,37, serta tiga anak mereka tiada di rumah.

“Saya biasa menelefon cucu-cucu saya setiap hari dan tidak pernah panggilan tidak dijawab dan kali ini saya berasa bimbang kerana mereka tidak dapat dihubungi.

“Saya bersama isteri terus bertolak ke Shah Alam dan kemudiannya ke Cyberjaya ke rumah anak kedua saya,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya susulan kejadian anak bongsunya telah membuat satu laporan polis di Kelang sebelum satu lagi laporan polis dibuat di Cyberjaya atas nasihat pihak polis.

Dalam pada itu menceritakan kejadian dia berkata, pada Jumaat lalu anak dan menantu serta tiga cucunya telah pergi ke rumah anak keduanya di Cyberjaya.

Katanya, bagaimanapun lima beranak itu tidak pulang ke rumah mereka di Shah Alam dan panggilan telefon juga tidak dapat dihubungi sehingga malam semalam.

“Saya harap dia dapat ditemui dalam masa terdekat dan saya rasa dia akan pulang ke rumah, sebelum ini dia dan keluarga kerap berkhemah bersama keluarga,”katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan polis meminta bantuan orang awam untuk mengesan lima beranak selepas kali terakhir mereka dilihat pada malam Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, mangsa yang hilang membabitkan pasangan suami isteri masing-masing berusia 37 tahun serta tiga anak anak mereka berusia lima, lapan dan 10 tahun.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI