fbpx

RM11.5 bilion potensi pelaburan, eksport Malaysia-UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menghadiri pertemuan bersama wakil industri yang mana salah satu kerangka lawatan kerja rasmi beliau di UK. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wakil industri terkemuka di United Kingdom (UK) membuahkan hasil apabila berjaya meraih potensi pelaburan dan eksport berjumlah RM11.5 bilion.

Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar menerusi hantaran ringkas pada Facebook beliau hari ini.

“Alhamdulillah, kunjungan delegasi Malaysia ke UK telah mencapai hasil memberangsangkan apabila kedua-dua negara sepakat untuk mempertingkat kerjasama Malaysia-UK ke tahap Perkongsian Strategik.

“Semoga hubungan persahabatan Malaysia-UK terus erat dan membawa kemakmuran buat rakyat. Ayuh delegasi Malaysia, kita terus bekerja,” katanya hari ini.

Terdahulu, Anwar tiba di London, United Kingdom (UK) pada 15 Januari lalu bagi memulakan lawatan kerja rasmi sehingga hari ini, atas jemputan rakan sejawatnya, Keir Starmer.

Turut mengiringi Perdana Menteri adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI