fbpx

Replika naga dihiasi bendera negara China disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO berdurasi 15 saat yang memaparkan perarakan replika naga dihiasi bendera negara China dalam Program Perarakan Seni dan Kebudayaan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Gabungan Persatuan Tiong Hua daerah Muar semalam.

MUAR – Satu kertas siasatan dibuka berhubung replika naga yang dihiasi dengan bendera negara China yang tular di dalam sebuah video di daerah Muar semalam.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan replika naga yang dihiasi bendera China sedang berarak sempena berlangsungnya Program Perarakan Seni dan Kebudayaan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Gabungan Persatuan Tiong Hua daerah Muar.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukliz Azman Aziz, pada 18 Januari 2025, sekitar pukul 6.10 petang, telah berlangsung program tersebut di kawasan sekitar Bandar Muar.

“Dalam perarakan tersebut, tarian singa dan replika naga yang dikatakan terpanjang di Malaysia telah diarak melalui beberapa jalan utama di sekitar Bandar Muar.

“Hasil pemantauan polis semasa perarakan
berlangsung mendapati replika naga dihias dengan bendera jalur gemilang di bahagian sebelah kanan badan manakala bahagian kiri badan dihias dengan bendera negara china.

“Rakaman video dan gambar-gambar
mengenai perarakan turut dikesan tular di beberapa platform media sosial sejak semalam.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar telah mengambil tindakan proaktif dengan
membuka kertas siasatan pada hari yang sama kejadian dilaporkan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Raiz Mukhliz, pihak penganjur program dan saksi-saksi kejadian dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Ujar beliau, sasatan dijalankan mengikut peruntukan kesalahan-kesalahan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, jika disabitkan penjara boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, Seksyen 6(2) Akta Perhimpunan Aman 2012, jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 dan Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (kawalan mempamer) 1949, jika disabitkan hendaklah dpenjara tidak melebihi enam bulan atau dengan denda tidak melebihi RM500 atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI