fbpx

Trak bantuan kemanusiaan mula memasuki Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tentera Mesir mengiringi trak yang membawa rumah pasang siap di sepanjang jalan di utara semenanjung Sinai berhampiran bandar Bir al-Abd, menuju ke sempadan Gaza hari ini. - AFP

BANDAR GAZA – Lori-lori yang membawa bantuan kemanusiaan mula memasuki Gaza hari ini selepas gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kumpulan pertama lori yang membawa bekalan mula masuk beberapa minit selepas gencatan senjata berkuat kuasa pada pagi Ahad,” kata pegawai bantuan PBB, Jonathan Whittall.

“Usaha besar-besaran telah dijalankan sejak beberapa hari lalu daripada rakan kemanusiaan untuk memuatkan dan bersiap sedia bagi mengagihkan peningkatan bantuan ke seluruh Gaza,” tambahnya.

PBB tidak memberikan butiran mengenai lokasi penghantaran dimasuk tetapi sumber Mesir yang enggan namanya disiarkan berkata, 197 trak bantuan dan lima bahan api masuk melalui persimpangan Karem Abu Salem di antara Israel dan Gaza serta al-Oga dan Nitzana di antara Mesir dan Israel. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI