fbpx

Insiden OKU mental dipukul di pasar tani, seorang lagi ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video memaparkan beberapa individu memukul lelaki OKU mental yang dikatakan terlanggar sebuah gerai di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seorang lagi lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes memukul seorang lelaki kelainan upaya (OKU) kategori mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai di sini kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, di sini pada pukul 11.30 malam semalam.

“Dia ditahan bagi dirakam percakapan untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Setakat ini, empat individu berusia dalam lingkungan 18 hingga 60 tahun telah ditahan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Wan Muhamad berkata, beberapa individu termasuk ahli keluarga mangsa turut dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI